Thursday, January 13, 2011

Tiada istilah cuti tanpa tarbiyah

Alhamdulillah 'ala kulli hal

Ya Allah, Hanya Kaulah yang kusembah. Tiada lain melainkan Kau.

Unik. Tuhan sememangnya tahu yang terbaik buat hambaNya. Dia juga tahu apa yang tersirat di hati hambaNya.


" Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada Urat Lehernya." [50:16]


Tiada istilah cuti tanpa tarbiyah

Setiap orang yang aku jumpa mesti bertanya; "Cuti ni buat apa?"   "Apa, duduk umah ja ke?" ..macam-macam lagi..

Aku suka kerana Allah menyibukkan diriku dengan kerja di summer camp. Hanya bekerja di rumah, tetapi itu sudah cukup bagiku untuk menjaga kelangsungan tarbiyah diriku. Allah tidak akan membiarkan hambaNya melakukan perkara yang tidak elok sehingga hambaNya futur dalam hidup. Aku rasa cutiku juga terisi kerana banyak Allah mengajarku.

Allah mengajarku untuk menjadi perunding rumah. Aku menolong seorang akak yang akan datang dari Welly. Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat membuat kerja. Paling penting aku tahu cara untuk menjadi lebih tersusun dalam urusan.

Allah sayang padaku..

Cuti ini, dia beri nikmat kerja di tadika an-nur. Biah islamic ada di sana. Sekali lagi Dia mahu mengajarkan aku perkara yang aku tidak tahu.

Sukanya Ya Allah! Kerana engkau tidak membiarkan diriku dalam kefuturan.....

Kuhanya berharap agar perkara-perkara yang aku lakukan mendapat keredhaanMu...


" Sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami benar-benar tidak akan menyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu"[18:30]




No comments:

Post a Comment