Friday, January 14, 2011

Gempa Bumi Christchurch

Sharing tentang earth quake:

Hari Kedua-05/09/10

Masih lagi trauma dari kejadian semalam..
Panggilan keras dari Allah masih lagi menghantui. Ku bertanya pada diri..Adakah tidak ada orang lagi di sini yg menghadapNya di kala manusia lain tidur sehingga membuatkan Dia murka pada seluruh hambaNya di sini? Detik itu membuatkan kami masing-masing dengan pelbagai perasaan. Apa yang aku ingat detik itu membuatkan aku beristigfar berkali-kali seolah2x detik kematian menjemputku. Aku tidak pasti apa yang orang lain lakukan pada saat itu. Kami keluar dari rumah, berlari-lari ingin menyelamatkan diri... Hanya Allah sahaja yang Tahu..Ku lihat pelbagai gelagat manusia pagi subuh itu. Ada yang segera masuk ke dalam kereta dan pergi entah ke mana. Ku lihat juga ada manusia bercampur2x..macam2x orang.. Terbayang di kepala akan padang masyhar di mana semua orang berkumpul..Amalan akan dihisab..Manusia menunggu giliran untuk mendapatkan buku amalannya..Subhanallah..benarkah ianya tengah berlaku?


" Ingatlah pada hari ketika kamu melihat (Guncangan itu) semua perempuan yang menyusui anaknya akan lalai terhadap anak yang disusuinya, dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat keras" [22:2]



Paling ku ingat saat manis kami menyusun meja di ruang tamu . Meja2x itu menjadi tempat perlindungan lebih kurang 13 orang.. Bacaan al-mathurat dialunkan dengan penuh perasaan..Saatnya manis ..Allah beri rasa mengingati Dia dengan berlinangan air mata..Segala ayat-ayat cintaNya diamati dengan begitu puitis menusuk ke qalbu.. Doa rabitah hati sememangnya menjadi penguat hati-hati yang gusar.. Tangisan yang kian teresak2x membasahi wajah ..Terasa tidak mampu aku membaca doa rabitah.. 


“Ya Allah, jika Kau mentaqdirkan MATI, Maka matikanlah Kami sebagai Para Syuhada dalam memperjuangkan agamaMu”...


Aku rasa berat untuk membaca ayat ini..namun aku dapat juga membacanya..Baru ku rasa erti sebenar dalam mencari kekuatan diri..Ayat2x mathur pengubat hati..

Hari ini rasa takut tu berkurang , mungkin kerana kebiasaan aftershock yang berterusan di skala ritcher 3-5.4.Kami meneruskan hari2x seperti biasa, tetapi masih lagi bertemankan al-quran dan muhasabah di sisi. Lama-kelamaan ianya membuatkan kami seperti sediakala. Seperti manusia yang alpa..Seperti kambing yang memakan rumput..Seperti robot yang dicas..Lupa seketika padaNya..Ya Allah, betapa ku membayangkan ihsan itu..Ihsan yang hanya dibentuk apabila mendapat amaran keras olehMu..Kusentiasa mendambakan ihsan itu di setiap masa. Masa senang dan susah..Masa duka dan suka..Namun ku terleka seketika..Gembira yang tidak disangka..


“ Maka biarkanlah mereka tertawa sedikit dan menangis yang banyak, sebagai balasan terhadap apa yang selalu mereka buat"[at-taubah:82]


..Tetapi kau menegur diri ini dan sahabat lain supaya mengingatiMu..betapa Pengasihnya Kau pada kami! Maaf sgt Ya Allah kerana melupakan Kau buat seketika!..Ku pohon agar kami dimatikan sebagai syuhada di JalanMu..Ku pohon kami sentiasa mendapat keredhaanMu..Ku inginkan syurga sebagai destinasi terakhirku..Layakkah aku Ya Allah? Hanya rahmatMu yang dapat membawa kami ke sana....


Hirasah kami sudah bermula..Tatkala bangun sambil bermunajat padaMu..Berdua2x an dgnMu..Mengadu padaMu..Di snilah aku meluahkan perasaanku..harapan agar mendapat lindunganMu..Ya Allah maafkanlah aku atas dosa yang setinggi gunung..Maafkan hati yang kotor ini Ya Allah..hanya Kau sebaik2x pelindung..Amin Ya Rabb




Andai ini menjadi wasiatku..
saksikanlah bahawa 
inilah 
yang menjadi 
saksi 
atas perbuatanku..

No comments:

Post a Comment