Wednesday, January 12, 2011

Frog and Snake

Hari ini sambil melihat status-status rakan di FB, ada satu yang menarik perhatian sy.
Status seorang akak yang mengirimkan berita tentang banjir kilat di Oz.
----------------------------------------

Tanggal hari bersejarah buat warga NZ,4 september 2010: kejadian gempa bumi berskala 7.1 ritcher melanda bumi Christchurch telah membangunkan ramai insan-insan di sana.

Tetapi dengan kasih sayang Allah swt, Dia mengkehendaki bumi chc dengan penuh barakah. Tidak ada seorang pon yang mati akibat gempa bumi. Maha Suci Allah! Sesungguhnya Dialah yang menciptakan langit dan bumi..

Sehingga kini, sy masih merasai kesan gegaran kuat itu. Setiap kali gegaran susulan berlaku, sy beristigfar padaNya. Ya, peristiwa itu amat dasyat . Dasyatnya walaupun tidak ada seorang pon yang terkorban pada malam itu.



" Sudah merasa amankah kau bahwa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia tergoncang? [67:16]



Inilah pertanyaan Allah pada kita. Pada sy, jawapannya sememangnya TIDAK! Sy memang tidak aman ketika perkara itu berlaku. Masakan kita boleh bersahaja tatkala gempa melanda!


Ketika itu, pada masa yang sama, ada segolongan buglar yang memecah masuk kedai di bandar. Berita kecoh satu NZ. Ada lagi rupanya insan yang mengambil kesempatan tatkala Allah menghantar bala bencana pada kita.

-----------------------------------------

Dan kali ini, bumi dikejutkan semula dengan 'flash flood' di Brisbane Australia. 

Yang menarik perhatian sy, 
ada berita tentang si katak dan si ular yang saling membantu semasa flash flood. 

"We all know that the early bird catches the worm – but in Brisbane it’s the early frog that catches the snake."




Allah sememangnya mengkendaki hambaNya supaya berfikir dengan setiap penciptaanNya.


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"[3:190]



Perhatikanlah kisah buglar yang menceroboh kedai semasa gempa bumi!
Perhatikanlah pula kisah katak dan ular semasa banjir!

Dan fikirlah akan perkara yang telah berlaku ini...


Ular oh Ular, boleh tumpang sekali?












No comments:

Post a Comment